Sharing from NH 🌸
Suka saya pesan
Layanlah lelaki seperti 'manusia' bukan 'batu'
Mereka punya perasaan seperti 'manusia' dan mereka ingin dilayan seperti 'manusia'..
Wanita yang bijak bukan wanita yang suka mengelak tapi wanita yang mengamalkan prinsip 'mauizah hasanah'
Setakat update post,
"wahai lelaki jangan salahkan saya bila inbox kamu tidak dilayan kerana kami sombong bermaruah"
Tunjukkan pada dunia tapi siapa tahu di belakang?
Entah-entah seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
"Diri kamu yang sebenar ialah apa yang kamu lakukan apabila tiada seorang pun manusia melihat kamu"
-Saidina Ali bin Abi Talib.
Kawan,
Kurangkan komunikasi dan tutup 'pintu fitnah'. Bertanyalah dengan sesama jantina selagi mampu. Jika dalam terdesak, balas inbox mereka dan jangan biarkan topik meleret-leret. Jika mereka semakin menjadi-jadi. Click 'block'. Siap.
Tak perlu heboh update pada dunia. Nak jadi 'mahal' ada caranya. Sombong dan mahal dua hal yang berbeza.
Muslimat perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan tidak hanya terjumud di dalam dunia sendiri yang anti muamalah, sehingga mereka menganggap itulah islam yang sebenar, mengabaikan hak-hak muamalah kerana keterbatasan ilmu. Akhirnya islam jadi agama nenek moyang. Kemudian meletakkan islam adalah agama yang 'keras'.
Mutiara tidak akan bernilai selagi berada di dalam cengkerang, sehinggalah dikeluarkan dari cengkerangnya, dibuang lumutnya dan diletakkan ditempatnya. Begitulah peranan ilmu. Selagi konsep muamalah dibatas dengan kejumudan, selagi itulah islam tidak menjadi syumul.
Dengan itu, jangan jadikan facebook sebagai dunia nombor satu yang mana segalanya hendak dipraktikkan di sini. Takkan nak tunggu diri menjadi saidatina aisyah baru hendak mengamalkan mauziah hasanah?
Berurusan lah seadanya, dalam ruang lingkup yang tidak menimbulkan fitnah.
Punya prinsip dan teguh menjaga batas-batas yang digariskan.
Islam itu agama yang mengatur. Bukan menghalang.
Saya tulis dalam keadaan yang tenang. Jadi anda diminta membaca dalam nada yang tenang. Selitkan selawat agar tidak marah-marah selepas membaca.
:')
https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Layanlah lelaki seperti 'manusia' bukan 'batu' | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment