Sharing from NH 🌸
Subuh tadi,
Tok Tok Tok. . .
"kakak ! Kakak bangun kakak. !"
Tok Tok Tok. . .
" kakak ! "
Suara lelaki yang bernama ayah memecahkan kesunyian subuh, saya capai telefon bimbit sambil gosok-gosok mata, jam 2.40 a.m. Huh, hati mula tak sedap. Tak pernah lagi ayah macam ni. Selalu pun, saya atau mama yang sediakan makanan sahur pada kebiasaannya. 2.40 a.m terlalu awal kot.
"kakak. . Kakak bangun kakak."
Saya buka pintu perlahan.
" kakak bersiap cepat. Pakai tudung. Kita pergi hospital. "
Belum sempat saya bertanya, ayah terus memberi arahan. Mata yang tadi layu terus jadi segar. Saya pandang ayah yang ketika itu sambil dukung adik husna, kunci kereta juga ada di tangan. Nampak wajah ayah seperti ada sesuatu yang buruk berlaku. Ya Allah hati mana yang tidak gusar ?
" Off semua suis elektrik. Bawa kurma, bawa sandwic, bawa air mineral, untuk kita sahur di hospital nanti. Nah dukung adik husna (sambil melepaskan adik husna kepadaku), buka pintu kereta, ayah angkat mak. Mak jatuh tidak sedar dalam bilik mandi tadi. "
Mak jatuh tidak sedar.
Mak jatuh tidak sedar.
Mak jatuh tidak sedar.
Terngiang-ngiang di telinga kanan dan kiri, kaki terketar-ketar, jantung berdegup laju. Ya Allah. Hanya itu yang mampu keluar dari mulut.
Tanpa ada satu pun suara ayah dalam kereta, ayah memecut laju. 100 km/h. Saya duduk di belakang. Mak dibaringkan di dalam posisi duduk dan diletakkan bantal pada tepi cermin kereta. Sesekali terasa ada air mata mengalir lihat mak tidak ada satu pun tindak balas bila dipanggil namanya, atau di goyangkan badannya. Tangan mak, kaki mak sejuk. Pucat.
Sampai di hospital mak terus dihantar ke zon merah. (Kritikal).
Saya, ayah, adik husna duduk menunggu di luar. Saya capai telefon,
" Assalamualaikum, adik-adik doakan mama tau. Kakak dan ayah ada sini wad hantar mama. "
Sent !
Saya forwardkan kepada 4 orang adik yang ada di asrama.
- - - - - - - - - - - - - - - - - -
" Ayah. . Kenapa dengan mama? "
Saya tanya ayah, adik husna hanya diam dari tadi seolah berada dalam ketakutan yang amat. Allahu.
" Tadi ayah tersedar masa tidur, tiada mak di sebelah. Ayah fikir mak ada di dapur, rupanya terbaring di bilik mandi. Air dalam baldi pun mencurah-curah. "
Hati mula tak sedap. Ya Allah bantu kami ya Allah. Tiba-tiba doktor panggil ayah, seperti ada berita serius yang hendak disampaikan. Selang 7 minit, ayah datang ke arah saya.
" Ayah solat yaa ? Tunggu mak di sini. Ayah pergi surau. Dah boleh sahur ni, kakak sahur lah dulu. "
Ayah berusaha memberi semangat kepada saya. Jujurnya, ayah juga pura-pura. Mana mungkin seorang suami dapat menerima kenyataan isteri yang dicintainya sudah begitu kritikal keadaannya sekarang, hatta ayah belum pun ceritakan apa yang dikata doktor, anak mana yang tidak kenal raut wajah si ayah ? Seperti mahu menangis sekuatnya. Fikiran mula berkecamuk. Pelbagai persoalan menerjah di minda. Air mata mula jatuh berguguran membasahi pipi.
Astagfirullahalazim. .
Astagfirullahalazim. .
Saya tarik nafas panjang.
Hassanah. .
Siapa engkau yang hendak menyalahkan dan menyoal perancangan sang pencipta ?Bukankah engkau tahu nyawa itu milik-Nya ? Setiap yang bernyawa pasti mati. Itu janji Allah. Bukankah engkau juga yang memberitahu ibumu jika terpisah di dunia, itu satu kenyataan yang perlu diterima ? Kenapa kau selemah ini jika benar kau taat pada takdir Allah ?
Ke hulu ke hilir. Tidak tenang. Menggigil. Takut. Risau. Macam-macam perasaan ada. Kemudian saya lihat ada jururawat membawa troli barangan suntikan, set kecemasan (laryngoscope, endotracheal, tube). Saya kenal peralatan itu kerana 3 minggu lepas saya baru duduki exam subject anatomy.
Selepas hilang kelibat jururawat tadi, sosok seorang insan yang memberi nafkah kepada aku sejak kecil muncul di hadapan mata.
" Doktor ada keluar tadi ? "
Ayah tanya. .
"Belum ayah. Tapi tadi nampak jururawat bawa set kecemasan."
Kini giliran ayah pula ke hulu ke hilir. Kesian tengok ayah, kulit tangan sudah menjadi hitam kerana bertahun-tahun keluar di panas terik mencari rezeki, wajah sudah kusam kerana semakin dimamah usia, ya Allah kasihanilah ibu dan ayahku. Beri mereka syurga. .
Kreeeeeeeekkkkk.
Bunyi pintu dibuka, di depan pintu kelihatan riak kecewa dari seorang doktor.
" Encik. . Kami sudah cuba yang terbaik, Tuhan lebih sayang isteri encik. "
Bicara itu dilontarkan kepada ayah,
" Innalillah wa inna ilaihi rojiun. "
Tumpah air mata lelaki seorang ayah. Saya terus terduduk, air mata turun laju, seluruh badan tiba-tiba lemah, dunia seperti gelap.
Tuhan lebih sayang isteri encik.
Tuhan lebih sayang isteri encik.
Tuhan lebih sayang isteri encik.
Bergema satu hospital suara yang menyatakan mama sudah tiada. Ya Allah. .
" mamaaaaaaaaa. "
" ayah, mamaaaaaaa. "
Kali ini adik husna bersuara, dan dia seperti mengerti apa yang disampaikan oleh doktor. Walaupun usianya baru 4 tahun.
Saya masih terduduk. Lemah mendengar berita itu, ayah peluk adik husna.
Ya Allah, kenapa KAU ambil mak dengan terlalu cepat ?
Kami nak raya dengan siapa Ya Allah ?
Tuhan,
Beri mak syurga.
30/Jun/2015.
- - - - - - - - -
Jam 4.00 a.m (Zon Sabah).
" kakak. Bangun. . Sahur sahur. "
Saya buka mata, ada mak di sisi. Ya Allah.
Terima kasih atas nikmat ini, terus peluk mak.
Peluk kuat takut 'kehilangan'.
#Repost2015
#RamadanNakPergi
#HargaiMakAyah
#KakHassanah
https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Hargai Mak Ayah | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment