| Sharing from NH 🌸
Saya tiba-tiba teringat ibrah yang Allah 'hadiahkan' buat saya sepanjang perjalanan di KLIA2 pagi tadi.
Selepas check in, saya terus bergegas ke ruang perlepasan. Semakin berjalan menuju ke depan, semakin tertarik mata saya untuk terus terpana pada kelibat sepasang kekasih mat salleh yang sedang duduk di tepi pintu ruang perlepasan sambil membaca buku dan di sebelah mereka ada bakul serta buku-buku yang sangat banyak.
Masya-Allah ! Masya-Allah !
Hanya ini yang mampu saya lafaz dalam diam. Kagum !
Saya perhati pada bahagian kerusi tempat menunggu, masih banyak yang kosong. Tapi mereka tak duduk pun di kerusi itu. But honestly, apa yang saya lihat sendiri cara hidup orang Mat Salleh ni, mereka sangat-sangat tahu apa itu 'skill survival'. Pedulilah nak duduk di mana sekalipun, baring di mana sekalipun, jalan di mana sekalipun, hatta di darat udara bahkan lautan mereka tahu makna survival. Mereka dapat hidup walau 'tersepit' mana sekalipun. Contoh kalau dekat KLIA2, ada satu kawasan lapang yang selalu menjadi tempat rehat semua orang, biasanya orang-orang yang stay di sana adalah mereka yang akan terbang awal pagi lagi iaitu sebelum atau selepas subuh.
Saya pernah perhati guna mata sendiri, sebab beberapa kali stay up di sana. Orang melayu mereka duduk baring dalam keadaan ada alas untuk baring sama ada kain sarung, kain batik, selimut, dan menggunakan beg sebagai alas bantal. Tapi kelompok orang mat salleh, tidak ada alas kain, selimut atau bantal, yang ada hanya lantai sahaja. Pendek kata, mereka tidak banyak karenah. Sentiasa 'appreciate' apa yang ada. Mungkin dilatih dari bayi 'survival skills' yang terlalu banyak.
Kita boleh lihat sendiri,
Anak kecil (melayu) usia 6 tahun terjatuh:
Ibunya kata apa ?
" Mama dah kata jangan panjat sana. Degil. Tak dengar kata. "
Anak kecil (mat salleh) usia 6 tahun terjatuh:
Ibunya kata apa ?
" It's ok my baby. Try again, try again. Go ! Go ! Go ! "
Hee look the different ?
Atau mungkin.
Remaja A tengah hiking,
Tuptup terlanggar dahan kayu yang tajam kemudian tertusuk di tapak kaki, habis mengalir darah.
Tapi dia just buka bajunya kemudian ikat tapak kaki, lalu menyambung perjalanan.
Remaja B tengah hiking,
Tuptup terlanggar dahan kayu yang tajam kemudian tertusuk di tapak kaki, habis mengalir darah.
Then jasadnya terduduk rebah meraung-raung kesakitan meminta tolong, lalu hold kan dulu perjalanan.
Mungkin kalian kata,
" Cakap senang. "
Tapi saya takkan cakap tanpa lihat dan selami kehidupan mereka.
Kalau tak percaya,
Campaklah orang melayu di dalam hutan A.
Kemudian campak di antara mereka dalam hutan B.
Agak-agak siapa yang cepat siapkan tempat tinggal ?
Siapa yang cepat mencari sumber air dan makanan ?
Siapa yang cepat menyediakan alat-alat keselamatan untuk pelindung diri dari musuh ?
Siapa yang cepat untuk mencari jalan keluar dari kesesatan hutan rimba ?
Relax, keep calm, think positive and change !
Back to the point,
Mereka tidak 'malas' dan 'culas' untuk baca baca dan baca tak kira sumber ilmunya dari apa bentuk sekalipun.
Kita pula 'rajin' untuk menjatuhkan sesama sendiri.
Bisnes kaum melayu dijatuhkan oleh orang melayu.
Rumahtangga kaum melayu diganggu oleh orang melayu.
Porak peranda suami isteri, cerai berai kaum melayu dirosakkan oleh orang melayu.
Fitnah, aib, hasad, dendam,kutuk, umpat, nista, bermaharajalela dalam bulatan kaum melayu dan menjadi turun temurun warisan si melayu.
Melayu oh melayu.
Saya tidak kata mereka semua betul, tapi kadang kita 'buta' untuk melihat apa yang 'PATUT' diambil dari pelbagai cara, gaya,
Sikap, disiplin oleh sesetengah kehidupan insan lain.
Yang kita tahu.
Aku jatuhkan dia.
Dia jatuhkan aku.
Melayu jatuhkan aku.
Aku jatuhkan melayu.
Terimalah hakikat.
Kita masih belum cukup genggam ilmu 'survival'.
Dan sebaik-baik ilmu survival ialah mereka yang meletakkan dan mengutamakan Allah di hadapan dari semua perkara.
Contohnya apa ?
Kita belajar agama, dalam hutan kita takda jam untuk tentukan masuknya waktu solat fardhu. Tapi kerana kita ada ilmu, kita bertindak sebagai muslim yang dan mukmin yang berilmu tinggi bahkan berpengetahuan luas untuk menyelesaikan masalah.
Ini tak, survival 'rohani' pun tak belajar, survival 'fizikal dan mental' juga kita lost.
Kita malas baca buku.
Kita tak suka berguru.
Ditanya,
Garu-garu.
Yang kita tahu,
Angguk-angguk
Geleng-geleng.
Syabas !
Kak Hassanah
6.50 pm
25/01/2016
https://telegram.me/kakHassanah
Kota Kinabalu, Sabah.

0 Response to "ibrah yang Allah 'hadiahkan' | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment