| Sharing from NH 🌸
Assalamualaikum semua.
Apa khabar ? 😊
Rindu kak H tak ? 🙈
Alhamdulillah ala kulli hal.
Selesai menghabiskan talaqi kitab Mukhtasar mengenai Fardhu Ain.
Segala puji bagi Allah.
Sungguh.
Jalanan pondok ialah jalanan tarbiah diri.
Jalanan yang penuh onak dan duri.
Hanya mujahadah penguat diri.
Istiqamah perjuangan sentiasa di cari.
Jalanan yang tidak meninggalkan perjuangan haraki.
Jalanan yang penuh kasih, sayang, cinta, dan rindu pada Tuhan.
Jalanan 'menerang' bukan 'menyerang' membuta tuli hakikat kebenaran.
Jalanan turath ulama terdahulu.
Ya,
Ada orang lebih suka mengaji dulu baru nikah.
Ada orang dia lebih suka menikah dulu baru dia boleh mengaji.
Pilihlah.
Dua-dua itu ada kebaikan dan kelebihannya.
Apa yang paling penting.
Jangan 'meninggalkan' belajar agama. Fardhu ain, apa yang kita faham semasa zaman prasekolah dan sekolah rendah tak sama dengan apa yang difahamkan secara talaqi. Fardhu ain wajib ke atas setiap muslim untuk ketahuinya. Secara terperinci !
Imam An-Nawawi tidak sempat menikah kerana sibuk dengan ilmu, beliau meninggal pada usia muda. Namun sumbangannya kepada dunia islam amat besar. Terutama dalam mazhab Syafie. Beliau merupakan seorang ulama mujtahid Tarjih.
Kita hari ini tidak sempat mengaji ilmu agama, kerana sibuk berbicara soal cinta, kahwin dan seumpamanya. Sehingga lupa diri itu tersemak dengan kejahilan.
Umur muda biarlah banyakkan bercinta dengan ilmu. Bercinta dengan perjuangan. Bercinta dengan pengorbanan.
Ramai orang berkata kahwin muda bagus. Tapi mereka lupa ramai juga yang bercerai di usia muda.
Sebab tu sebelum nikah berhajat lah kepada ilmu.
Bukan nafsu semata-mata.
Paling tidak, talaqi fardhu ain secara berguru bukan bergoogle. Sama ada bakal pengantin lelaki mahupun wanita.
Ada wanita taknak keluar mengaji dengan alasan, 'nanti suami boleh bimbing'.
Yakin Tuhan aturkan suami boleh bimbing pada kita ?
Again, yakin Tuhan aturkan suami soleh, warak, alim, pada kita ?
Paling tidak, lelaki biarlah khatam satu kitab bab nikah sebelum menikah. Sekurang-kurangnya kitab Muhimmah.
Insya Allah baru 'cerdik' rumah tangga.
Kehidupan di pondok.
Indahnya terlalu indah
Manisnya terlalu manis
Tenangnya terlalu tenang
Hanya yang 'rasa' akan 'tahu'.
Kenapa saya sarankan wanita perlu mengaji mencari ilmu fardhu ain ?
Perlu diingat, kita ialah bunga.
Bunga tidak ada kuasa untuk memilih 'pekebunnya' siapa.
Bunga yang tumbuh liar secara paksa rela di laman rumah seseorang pekebun, mempunyai kebarangkalian lebih tinggi untuk mati tidak terjaga.
Berbanding bunga yang 'cantik' di dalam pasu, yang memang dipilih oleh si pekebun sendiri.
Syurga Tuhan terlalu luas.
Ia cukup untuk semua orang.
Dan kunci memasuki syurga adalah mengenal Allah.
(bab akidah).
Believe me, semakin berilmu
Semakin rasa jahilnya diri.
Pelajarilah selagi ada hayat di kandung badan. Yang pasti pengajian ini takkan terhenti dan berterusan sampai mati.
Namun, kerana ada komitmen lain yang perlu diselesaikan di Sabah, Insya Allah pengajian akan bersambung lagi selepas ini.
Insya Allah Hu Ta'ala kak Hassanah akan coretkan ibrah demi ibrah selepas ini seperti sediakala.
P/s: Anyway mohon kalau ada sesiapa kenal tukang urut perempuan, kenalkan pada kak H boleh ? Kaki kiri ada problem, (swelling). Dah buat fisioterapi selama ni dekat Sabah but no change. Mohon bantu yaa. Moga Allah balas jasa, biiznillah. 😊
-Kak Hassanah
22/01/2016
02.12 pm
KUALA LUMPUR
https://telegram.me/KakHassanah

0 Response to "Jalanan pondok ialah jalanan tarbiah diri. | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment