Ini tips yang saya guna untuk Hafaz quran. | Sharing from NH 🌸

Sharing from NH 🌸
Ini tips yang saya guna untuk Hafaz quran.

Caranya begini,

1.
Ayat 1-5 baca melihat
Ayat 1-5 baca tanpa melihat
Ayat 6-10 baca melihat
Ayat 6-10 baca tanpa melihat

Kemudian Ayat 1-10 baca melihat
Dan ayat 1-10 baca tanpa melihat
Begitulah seterusnya. Cara ini selalunya saya praktikkan ketika berdepan dengan quran.

2.
Masa yang saya pilih untuk cantikkan lagi hafalan iaitu pada jam 3 pagi ke atas. Sebelum atau selepas qiam. Juga di antara maghrib dan isyak merupakan waktu yang sesuai untuk murajaah.

3.
Untuk skill rileks dan seronok pula.
Cara hafalan yang saya gunakan ialah kaedah santai. Saya sediakan satu pendrive kemudian masukkan juzuk Quran yang belum dihafaz untuk dipasang ketika saya sedang drive.

Sepanjang perjalanan pemanduan saya hanya ulang ulang ulang ayat quran sehingga saya dapat respon positif dari otak untuk refleks balik hafalan saya. Tak kira drive setakat depan rumah yang mengambil masa selama 10 minit, saya tetap mainkan pendrive tadi.

4.
Kadang saya akan pasangkan di telefon menggunakan earfon ketika sedang menaip, berjalan, menunggu teksi, dalam train, dan apa jua perbuatan.

Saya juga akan listkan juzuk-juzuk yang sudah melepasi kemudian 'pilih' juzuk tertentu untuk kerap mendengar sebelum masuk tidur. Selalunya saya akan tidur selepas menghafaz. Jika hafalan yang saya target tu belum settle selagi itu saya tak masuk tidur.

5.
Bila di rumah, saya akan hidupkan suasana Quran bergema dengan gah. Biar memecahkan kesunyian di segenap ruang. Dalam bilik, ruang tamu, dapur saya akan mainkan audio ayat-ayat quran. Sehingga satu hari, ketika saya sedang memasak, mulut saya secara 'tiba-tiba' membacakan surah yasin padahal tanpa dipinta pun. Pernah juga saya tidur dalam keadaan membaca surah al-mulk.

Yang ni adik saya (husniyah) yang perasan masa saya terlelap. Inilah yang dinamakan cas positif yang sudah mengalir dalam darah daging kita sehingga apa jua aktiviti mulut terkumat-kamit dengan ayat quran.

Last but not least, bergurulah. Sebenarnya menghafaz itu mudah. Yang susah adalah 'menjaga' hafalan.

SHARE jika bermanfaat.
https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Ini tips yang saya guna untuk Hafaz quran. | Sharing from NH 🌸"

Post a Comment