Sharing from NH 🌸
Tahu tak pasai apa pemuda pemudi di Syria mendapat penangan daripada Al-quran lalu 'merasuk' diri mereka ? Kerana mereka takut 'jauh' dari Allah. Bagi mereka siapa yang jauh dari Allah, mereka rasa hidup ini semua sia-sia. Itulah makanan mereka. Siapa tak makan 'santapan' itu, mereka akan lapar. Bukan lapar perut tapi ruh mereka yang lapar. Kita ? Boleh je cool buat maksiat.
Tak percaya kau buat maksiat ? Cuba try test masing-masing buka telefon bimbit sekarang. Baca segala mesej dalam hp, tak pun cuba pandang album dalam galeri hp. Video maybe ?
Tak perlu sentap dan mention fb member dekat komen bawah, mention nama sendiri biar bagi cerdik. Orang yang cerdik, orang yang sentiasa membetulkan kesilapan diri.
Mungkin kita tidak ada perasaan cinta dan ghairah pada Al-quran. Namun ketahuilah, cinta itu boleh dibina dan tumbuh jika kita 'mahu'. Kerana cinta yang indah adalah cinta yang tumbuh dalam jiwa berkali-kali. Begitulah seharusnya cinta kita kepada Al-quran.
Kita jarang 'jatuh cinta' pada Al-quran, maka terjadilah kegersangan hubungan antara kita dengan Al-quran. Tiada perasaan indah dan terangsang dengan Al-quran, yang ada hanya terlihat indah dan terangsang pada dosa dan maksiat.
Tak nak ke try bercinta dengan Al-quran ?
Atau kau rasa apa yang kau 'jatuh cinta' sekarang sudah cukup bagi kau untuk tahu apa itu cinta dan bahagia ?
Cinta itu seharusnya melahirkan fenomena menarik dalam kehidupan. Kerana apabila kita jatuh cinta, kita nak berdamping dengannya, berkomunikasi dengannya, bergembira dan bersedih dengannya, hidup dengannya. Bersama dengannya.
Namun mengapa tidak pada Quran ? Sedang kitalah yang kononnya bermatian memaki hamun jika ada golongan yang memijak henyak, membuang, membakar, menconteng, atau menjahanamkan kalamullah suci itu atas nama perjuangan, ingin mempertahankan ? Betul ke kita ini mempertahankan ? Tak rasa nak nangis ke kita telah menipu diri sendiri ? Perjuangan apa kalau quran berhabuk dalam almari dan rak buku ?
Kawan,
Tatkala bercinta dengan Al-quran itu takkan pernah mengecewakan kau. Al-quran 'jujur' memandu kau dengan kebaikan dan jalan keluar yang benar lagi lurus. Yang terang dan bercahaya. Sedang bila kau sibuk bercinta dengan manusia, manusia itu hatinya ada yang busuk dan boleh memandu kau ke jalan yang gelap dan dimurkai Allah.
Trust me!
If you do this, you will get better from what you think and imagine. We must practice it and spread the world into our family and community. Read the Quran my dear! Read!
SHARE jika bermanfaat.
https://telegram.me/kakHassanah
0 Response to "Kerana mereka takut 'jauh' dari Allah | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment