Inna ma'al usri yusra. | Sharing from NH 🌸

Sharing from NH 🌸
Inna ma'al usri yusra.

" Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan ".

Dua kali diulang perkataan (kesulitan itu ada kemudahan) dalam ayat ke-5 dan ke-6 dalam Surah Al-Insyirah.

Ayat ini 'selalu' menjadi peneman saya tiap kali ada masalah atau ujian yang datang. No matter what, besar gila mana pun ujian, berat mana pun dugaan, gila mana pun cubaan, sebenarnya marah-marah takkan dapat menyelesaikan apa-apa masalah. Malah merumitkan lagi keadaan.

Memang betul apa yang dikatakan oleh seorang Ustazah satu ketika dulu, semasa saya menghadiri talk beliau, katanya marah hanya menambahkan lagi pening di kepala dan jiwa tak tenang. Pengalaman ustazah beliau kongsikan, pernah satu hari awal pagi tengah kelam kabut siap-siap nak masuk kerja. Tapi tak jumpa laptop ustazah. Stress mula datang sebab nak cepat masuk kerja. Padahal semalam ada tapi bangun pagi dah tak ada.

Rupanya anaknya yang simpankan laptop itu. Ustazah marah si anak. Marah dan ter tinggi sedikit suara. Sama ada anak yang bersalah atau anak yang tak bersalah, semua di marahnya. Kemudian ustazah start enjin kereta dan terus menekan pedal minyak. Sepanjang perjalanan ustazah menuju ke tempat kerja, beliau asyik beristigfar tapi masih tidak tenang. Walaupun laptop dah ada depan mata tapi perasaannya masih tidak tenteram.

Akhirnya ustazah membuat U-turn dan drive semula ke rumah. Semasa masuk rumah semua anak yang dimarahnya sedang menangis, ternangis juga ustazah saat itu. Ustazah meminta maaf kepada anaknya dan anaknya juga meminta maaf kepada ustazah. Barulah diteruskan perjalanan menuju ke tempat kerja dengan tenang, dan tenteram.

Ya Allah.

Semasa saya tengah fokus mendengar talk ustazah pada malam itu, saya betul-betul terkesan kisah yang itu. Dalam banyak-banyak point, itu antaranya yang masih saya ingat sampai hari ini. Betapa perkataan 'sabar' ini sangat-sangat sukar dan amat payah untuk diamalkan dalam kehidupan seharian tak kira lah pangkat kita ustaz, ustazah, cikgu, doktor, arkitek, pilot mahupun seorang nelayan yang sedang mencari rezeki di tengah lautan yang begitu luas.

Patutlah kalau kita murajaah dan menelaah ayat-ayat dalam Al-quran, lebih daripada 90 kali Allah menyebut tentang 'sabar'. Sebab mereka yang sabar, akan diangkat darjat mereka. Subhanallah.

A beautiful person always sees beauty in others and it takes a beautiful heart for that.

Have faith and trust Him !


SHARE jika bermanfaat.

https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Inna ma'al usri yusra. | Sharing from NH 🌸"

Post a Comment