Sharing from NH 🌸
Pesan
saya, kepada lelaki mahupun wanita. Bila kita tinggalkan sesuatu kerana
'takut' pada Allah, maka Allah akan menggantinya dengan yang lebih
baik. Ya, Mungkin bukan di dunia, tapi di syurga sana. Bila kita
melakukan maksiat, hatta sedikitpun, Allah akan hilangkan cahaya dan
kenikmatan iman dalam hati kita perlahan dan perlahan akhirnya hati kita
keras, dan hitam. Wallahi kalau kita belajar mengenal Allah, kita tahu siapa Itu Allah, kita akan menangis dan menangis tiap kali melakukan dosa walaupun hanya maksiat hati. We will cry a lot. Again and again. Kita tak akan terlalu gembira dengan apa yang ada di dunia ini, kita nak selalu Allah dekat dan hampir, kita sentiasa rasa Allah memerhatikan kita, atas setiap tindak tanduk dan apapun perbuatan. Kita rasa sedih bila jauh dari Allah.
Kerana hidup adalah,
Waktu yang 'dipinjamkan' dan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Salam Jumaat.
SHARE jika bermanfaat.
https://telegram.me/kakHassanah
0 Response to "Pesan saya, kepada lelaki mahupun wanita | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment