Wednesday, April 26, 2017
Kalau nak tahu. Perjuangan itu ada 2 | Sharing from NH 🌸
| Sharing from NH 🌸
Bismillahirahmannirahim.
Moga tak menganggu.
Dan andai rasa 'terganggu'
Biarlah 'hati' itu diganggu seketika dengan ketukan 'muhasabah'.
Kalau nak tahu. Perjuangan itu ada 2.
1. Yang kita rasa 'nikmat' duniawi.
2. Yang kita rasa 'nikmat' ukhrawi.
Paling mudah.
Solat.
Ada orang yang solat tapi hanya solat just 'melaksanakan'. I mean melakukan tanggungjawabnya sebagai orang islam yang dirikan tiang agama. Tapi ada orang yang solat kerana benar-benar mahu rasa selalu dekat pada Rabb, benar-benar solat dengan khusyuk.
Perlu diingat.
Antara 2 solat yang kak H sebut tadi. Jika situasi
A- Contoh kak H solat
" Allahu Akbar "
Tapi dalam fikiran fikir assaimen, fikir apa nak makan lepasni, fikir nak cepat takut lambat ke class, fikir duit hilang. Etc2..
Jika situasi
B- Contoh Kak H solat,
" Allahu Akbar "
Dan bila mana Allahu Akbar dilafazkan dan tangan diangkat. Itu bermakna segenap jiwa raga kita serah bulat-bulat dan mengabdikan diri pada Tuhan. Kita 'hold' kan sekejap hal dunia. Jiwa kita hanya ada Allah Allah Allah.
Sebab itu kak H mention.
Perjuangan itu ada 2.
Kita selalu berada di perjuangan mana ? Fikir 😊
Begitu juga dengan student.
Perjuangan student yang
1. Berani minta izin keluar solat kejap semasa class. Kerana takut Allah.
2. Tak berani minta izin kerana nak jaga hati pensyarah. Habis Allah guano ?
If you know what i mean.
Ia bukan dikhaskan solat sahaja. Perjuangan itu banyak. Dan perjuangan yang berkat, bila mana Allah jua di hadapan kan. Good night 😊
https://telegram.me/KakHassanah

0 Response to "Kalau nak tahu. Perjuangan itu ada 2 | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment