Kehilangan. . | Sharing from NH 🌸


| Sharing from NH 🌸
Kehilangan. .

Kadang kita rasa down
Bila kehilangan.

Ada yang kehilangan mak ayah

Ada yang kehilangan kekasih suami isteri

Ada yang kehilangan wang ringgit

Ada yang kehilangan harta benda

Dan sebagainya

Namun, sejauh mana kehilangan itu membina jiwa kita untuk gagah ? Dan menyerahkan hati bulat-bulat pada Rabb ?

Ada antara kita

Hilang rm 20
Terus habis nama binatang
Menjadi mangsa sumpahan
Maki hina tanpa tahu siapa sebenarnya yang ambil.

Ada antara kita

Hilang telefon bimbitnya
Terus hilang akal dan kewarasan dek nafsu amarah yang menggila tanpa muhasabah apa sebenarnya yang Allah nak ajarkan.

Manusia.

Selalu takut bila kehilangan benda-benda 'duniawi'

Tapi tak hirau bila kehilangan benda-benda 'ukhrawi'

Sahabat soleh misalnya,

Dah ada depan mata.
Yang sentiasa nasihat dirinya, yang sentiasa sokong jatuh bangunnya, yang sentiasa bersama suka duka serta sanggup korbankan wang ringgit masa dan juga tenaga untuk membawa seseorang ke jalan hijrah tapi manusia lupa.

Hingga orang yang buat baik padanya itu dianggap poyo dan bajet semata.

Satu hari, kawan soleh tadi mati digilis lori. Kau akan rasa apa itu 'kehilangan' yang sebenar.

Bahkan bukan sekadar sahabat soleh.

Kita kehilangan banyak perkara ukhrawi.

Tak manfaatkan peluang ramadhan lepas, juga satu kehilangan. kita kehilangan pahala yang dibuat selama ini asbab umpat dan sewaktu dengannya.

Itulah 'kehilangan' yang paling rugi rugi dan rugi seruginya.

Tangisilah diri,
Bila kita lebih banyak risau kehilangan dunia tapi sedikitpun tak risau kehilangan akhirat.

Tak risau kehilangan pahala kerana tak solat tak tutup aurat tak qada puasa tak bayar zakat bagi yang mampu tak taat mak ayah.

Kita kehilangan pahala
Kita kehilangan catatat baik oleh malaikat.

Kita lah yang kehilangan
Segalanya.

Rugi.

Salam Dhuha.
😊
https://telegram.me/KakHassanah

0 Response to "Kehilangan. . | Sharing from NH 🌸"

Post a Comment