Sharing from NH 🌸
"Suamiku, apakah engkau mencintaiku ?"Isterinya bertanya..
"Ya tentu saja, dirimu sebahagian dari hidupku."
Jawab Imam Syafi'i r.a.
Mendengar itu isterinya bertanya,
"Apakah engkau juga mencintai Allah ? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, cinta kepada Allah dan juga mencintaiku ?"
Imam Syafi'i r.a tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut dan penuh kasih sayang.
"Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhluk-NYA, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan selainnya. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah.
Selamat pengantin baru buat sahabat handai yang bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi!
Selamat pengantin lama buat yang dah bertahun berumah tangga, semoga lebih panjang usia perkahwinan, lebih besar cinta kepada pasangan!

0 Response to ""Suamiku, apakah engkau mencintaiku ?" | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment