Sharing from NH 🌸
Syurga tak akan terima orang sombong. Dan orang sombong pun tak kenal apa itu syurga. Ciri orang sombong ialah 'malas' memberi salam. Dia lebih suka menjawab salam berbanding memberi. Orang yang sayang Rasulullah, dia akan bersikap seperti Rasulullah. Rasulullah adalah seorang manusia yang 'paling cepat' beri salam kepada sesiapa sahaja tak kira tua atau muda, kaya atau miskin.
Sampaikan sahabat Rasulullah jika nak jumpa Rasulullah ada yang bersembunyi di sebalik pepohon atau kayu atau apa-apa saja tempat persembunyian sebab apa ? Sebab nak jadi orang pertama yang beri salam. Tapi sebaik saja sahabat munculkan diri, Rasullulah terus lafaz Assalamualaikum Ya Sahabat. Belum sampai satu saat, baru sahabat nak buka mulut bagi salam tapi Nabi dah bagi dulu. Malu sahabat-sahabat Nabi bila bertemu dengan baginda sampai ada yang sanggup bersembunyi sebab nak jadi orang pertama bagi salam.
Kita ?
Nauzubillah.
Hatta makcik cleaner di kawasan RNR pun kita main lalu sahaja.
Jijik bagi salam ?
Renung-renungkan.
Selamat berhujung minggu dan sebarkan salam.
https://telegram.me/kakHassanah

0 Response to "Syurga tak akan terima orang sombong | Sharing from NH 🌸"
Post a Comment